Hidup Bersama Mayat Kekasih Selama 7 Tahun Bukti Cinta Sejati?

Kisah Hidup Bersama Mayat Kekasih Selama 7 Tahun | PELIK TAPI BENAR | Kebanyakan manusia normal apabila kehilangan seseorang yang dicintai selalunya akan mencari pengganti lain.
Carl Tanzler
Mungkin berikrar untuk hidup keseorangan sehingga akhir hayat semata untuk menunjukkan kesetiaan atau mati secara tiba-tiba akibat strok di sisi mayat isteri yang meninggal akibat barah di atas katil hospital yang walaupun kedengaran tidak logik namun harus terjadi kerana perlu mengikut skrip (ok, ini hanya terjadi di dalam drama Tentang Dhia). Namun tidak bagi Carl Tanzler.

Carl Tanzler dilahirkan pada 1877 di Dresden, Jerman dan kemudiannya berpindah ke Florida pada tahun 1927 bersama isteri dan dua anak perempuannya. Beliau kemudiannya berkerja sebagai pakar radiologi di United States Marine Hospital di Key West.

Di sana, beliau ditempatkan di wad tibi, suatu urusan yang agak mengerikan memandangkan kadar kematian yang tinggi bagi penyakit tersebut berbanding hari ini. Boleh difahamkan bahawa bagi seorang manusia normal sekalipun untuk menghadapi kematian pada setiap hari merupakan sesuatu yang sangat menggugat emosi dan berbahaya, lebih-lebih lagi bagi seorang Carl Tanzler yang boleh dikira tidak betul juga kepalanya sikit-sikit.

Beliau mendakwa berpengetahuan dalam teknik pengubatan yang baru dan belum diuji untuk menyembuhkan pelbagai penyakit, di samping mempunyai kelayakan dan sijil yang tidak disokong dan tidak diiktiraf. Beliau juga didakwa tidak pernah menjalani apa-apa pendidikan perubatan secara formal.

Bukan itu sahaja, malah beliau mendakwa pernah dikunjungi nenek moyangnya yang telah lama meninggal yang menunjukkan beliau satu visi tentang seorang wanita cantik berambut hitam yang akan menjadi cinta sejatinya. 

Pertemuan Dengan Helen - Maria-Elena
Walaupun telah berumahtangga, Tanzler percaya beliau telah menjumpai cinta sejatinya apabila beliau bertemu Maria Elena Milagro “Helen” de Hoyos pada April 1930 BACA LAGI KLIK SINI....

0 Response to "Hidup Bersama Mayat Kekasih Selama 7 Tahun Bukti Cinta Sejati?"

Post a Comment