GADIS 16 TAHUN DI ROG@L SELEPAS MANDI

Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan saja disamun, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 9, Cheras.

Mangsa tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit. Selepas menyelongkar ruang tamu rumah, lelaki itu terus naik ke bilik mangsa. Lelaki itu dipercayai mengetuk pintu bilik sebelum mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membuka pintu kerana menyangka ahli keluarganya pulang, lelaki itu yang melihat mangsa hanya memakai tuala kemudian merogolnya.

Dalam kejadian antara jam 1 dan 2 pagi itu, mangsa dilapor bersendirian sebelum rumahnya dipecah masuk seorang lelaki berusia lewat 20-an dipercayai warga asing.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang mandi di dalam biliknya di tingkat dua rumah berkenaan dan selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai RM3,000.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang.
“Selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan diri bersama wang dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya.

Katanya, mangsa menghubungi ibunya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.

Difahamkan, sehingga kini lelaki itu belum ditahan sebaliknya pengawal keselamatan warga Pakistan berusia lewat 20-an yang bertugas di kawasan perumahan itu ketika kejadian ditahan bagi membantu siasatan.

0 Response to "GADIS 16 TAHUN DI ROG@L SELEPAS MANDI"

Post a Comment