PUNCA SEBENAR PELAJAR WANITA BUKAN ISLAM 'DILARANG' MEMAKAI BAJU KURUNG KE SEKOLAH !

Berdasarkan survey yang dibuat, rata-rata memberikan pandangan bahawa baju kurung yang dipakai adalah nipis dan jarang yang boleh memberikan daya tarikan kepada pelajar lelaki lain. Dan paling mengejutkan adalah mereka-mereka yang tidak singlet dan bra, yang mana ianya jelas menampakkan kesan buah dada si pemakai. 


Tindakan seorang bapa yang telah membelikan baju kurung seragam sekolah untuk anaknya telah menyebabkan anaknya tidak dibenarkan memasuki kelas kerana didakwa melanggar etika pemakaian di sebuah sekolah di Cheras.

Beliau, Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain.

Beliau nyata kecewa selepas pihak sekolah menyatakan hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung dan bagi pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan
“Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya. Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah,” katanya yang dipetik dari The Rakyat Post.

Oleh kerana tidak dibenar memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk mendapatkan anaknya itu dan telah berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu..

Lebih mengejutkan guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.

Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.

"Walaupun isu tersebut hanyalah isu remeh tetapi ia agak mengejutkan dan langsung tidak dijangkakan."

“Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan ketika mengulas mengenai perkara itu meminta pihak berkenaan membawa perkara itu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

“Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”

"Terdapat 10,000 buah sekolah di bawah seliaan Kementerian Pelajaran dan adakalanya pengetua sekolah membuat polisi tanpa mendapatkan pengesahan daripada Kementerian," katanya

Bagaimanapun, hal ini telah diberi pandangan yang berbeza oleh seorang individu yang juga seorang guru disiplin. Berikut adalah komen beliau berkaitan hal pelajar bukan melayu memakai baju kurung.


Malah seorang ketua sekolah mendakwa yang punca isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan melayu disebabkan masalah komunikasi dan salah tafsir.

Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani.

Beliau berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.

"Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.

"Baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ," kata pemimpin wanita PKPIM, Munirah Bahari.

"Lebih-lebih lagi ia (baju jarang) akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan.

"Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya.

"Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya."



isuterkini.info

0 Response to "PUNCA SEBENAR PELAJAR WANITA BUKAN ISLAM 'DILARANG' MEMAKAI BAJU KURUNG KE SEKOLAH !"

Post a Comment